Featured Mommypreneurs

Featured Mommypreneurs
Featured Mommypreneurs

Contact Me

Contact Me
Contact Me

DIY Busy Bag Ideas

DIY Busy Bag Ideas
DIY Busy Bag Ideas

ANNOUNCEMENT

I have launched a series of blog posts called Featured Mommypreneurs in collaboration with mommypreneurs (i.e. mommies entrepreneurs). Let me know if you're interested to join me to feature your products / services. :)

 

 

Filem Histeria

Sebagai peminat filem-filem seram, saya pasti berkunjung ke pawagam setiap kali filem baru dipertontonkan, tanpa mengira produser, pengarah mahupun pelakon yang terlibat dalam filem tersebut.

Jika anda ingin menonton filem-filem seram Malaysia, antara filem rekomendasi saya termasuklah Susuk, Chermin dan Congkak. Dukun tidak ditayangkan, ah... malangnya. Macam menunggu kucing bertanduk kalau berharap filem ini akan ditayangkan di Malaysia.


Histeria merupakan filem seram Malaysia yang terbaru (dan juga terakhir bagi tahun 2008?). Desas-desus tentang keseraman filem ini telah mulai kedengaran sejak tahun 2007. Treler yang ditontoni melalui Youtube (kalau tak silap) menayangkan adegan-adegan yang cukup kukuh terpahat dalam ingatan saya. Salah satunya ada pada gambar di bawah. Not bad. Tapi, kalau warna kesan darah tu boleh real sikit, feelingnya pasti lebih hebat lagi.

Jalan cerita filem ini tidak mengelirukan dan agak mudah untuk mengagak apa yang akan berlaku seterusnya, termasuklah endingnya. Keseraman filem ini amat bergantung pada muzik latar belakang, sudut kamera dan kegelapan atau kesuraman kawasan sekeliling. Kalau elemen-elemen ini dikecualikan, filem ini akan kelihatan kosong dan tak bermaya. Riak wajah newcomer yang membintangi filem ini turut meningkatkan rasa berdebar-debar. Watak Murni (lakonan Liyana Jasmay) boleh dikatakan terbaik pada pendapat saya.


Sinopsis ringkas: Enam orang pelajar perempuan (Alyssa, Murni, Ju, dan geng) yang dikenakan hukuman disiplin dan seorang pengawas perempuan (Zeta) bermalam di dorm lama sekolah mereka. Mereka mula mengalami kejadian-kejadian pelik setelah salah seorang daripada mereka mengambil sesuatu yang bukan milik mereka dari kawasan kebun. Seekor lembaga yang dikatakan penunggu besut mengacau dan membunuh mereka satu demi satu. Siapakah dalang di sebalik pembunuhan ini? Mengapa penunggu itu membunuh orang?

No comments