Contact Me

Contact Me
Contact Me

Working Mom Blogger

Working Mom Blogger
Working Mom Blogger

Health & Wellness

Health & Wellness
Health & Wellness

 

 

Filem-filem seram

Filem Melayu pertama yang saya tontoni ialah Puteri Gunung Ledang. Filem ini bukan filem seram. Ia lebih merupakan filem bertemakan cinta dan lagenda, lakonan Tiara Jacquelina dan M. Nasir.

Oleh sebab saya peminat filem seram, saya mula memberi perhatian terhadap filem-filem seram Melayu dan saya dapati mulai tahun lepas, filem-filem sebegini semakin baik kualitinya.

Antara yang saya tontoni termasuklah: Puaka Tebing Biru (lakonan Umie Aida, Nasha Aziz dan Sharifah Amani), Chermin (lakonan Natasha Hudson, Farid Kamil dan Deanna Yusoff), dan Jangan Pandang Belakang (lakonan Pierre Andre dan Intan Ladyana).

Baru-baru ini, setelah menonton filem Susuk di pawagam, ada lagi dua filem seram yang saya "kejar" di Youtube.

Meremang bulu roma apabila lagu "Tepuk Amai-Amai" dimainkan semasa hantu budak itu muncul.

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Emak upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak ada kerja

Congkak
Opah: Kita pergi rumah opahlah. Kita main congkak. Sana, tak ada orang kacau.

No comments