Contact Me

Contact Me
Contact Me

Working Mom Blogger

Working Mom Blogger
Working Mom Blogger

Health & Wellness

Health & Wellness
Health & Wellness

 

 

Wedding bells...

I'm going to write this post in Bahasa Malaysia, a language only Malaysians, Indonesians & those who have learned this language know how to read. It's a very beautiful language.

Inilah yang tertera pada kad undangan majlis perkahwinan yang saya terima semalam. "Ya Allah, satukanlah hati Syed dan Elmi serta jadikanlah mereka sebagai pasangan bahagia yang berkekalan hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat. Jadikanlah rumah tangga kedua mempelai ini seindah rumah tangga Adam dan Hawa, setabah Ibrahim dan Hajar, sebahagia Yusof dan Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis, dan sesuci Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka, jauhkanlah mereka dari keburukan dan kurniakanlah mereka kesenangan di dunia dan di akhirat. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Semoga Allah memberkati mereka berdua di dunia dan di akhirat."

Tak perlu mencari teman secantik Balqis, jika diri tak seindah Sulaiman;
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf, jika kasih tak setulus Zulaikha;
Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim, jika tak sekuat Sarah;
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah, jika diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.

Sekapur Sirih Seulas Pinang, Semekar Senyuman Seikhlas Hati, dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput...

Majlis perkahwinan ini akan diadakan di Shah Alam pada hari Ahad, 16 Disember 2007. Gembiranya! Akhirnya, saya dapat menyaksikan majlis persandingan Melayu :)

Lihatlah betapa cantiknya pasangan selebriti tanah air kita, bagai pinang dibelah dua, ketika meraikan perkahwinan mereka.
(Kredit foto diberikan kepada jurugambar yang merakamkan foto-foto yang mengagumkan ini!)

Datuk K-Siti Nurhaliza

Emran-Erra Fazira


Fauzi-Lis Dawati

Nazril-Sazzy

Ashraf-Aleya

No comments